Mayat Muhammad Haziq Hamidi, 19, ditemui terdampar di atas beting pasir pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan lemas.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis sejurus ditemui.

Dalam kejadian semalam, mangsa dilaporkan terkapai-kapai bersama rakannya, Mohamad Shahrel Izwan Mat Alias, 19, ketika mandi di kawasan perkelahan Pasir Kubur di Sungai Lembing di sini.

Mohamad Shahrel bagaimanapun sempat diselamatkan orang awam yang berada di tempat kejadian, manakala Muhammad Haziq dilihat tenggelam.

"Keluarga mangsa dipanggil untuk membuat pengecaman dan disahkan sebagai Muhammad Haziq. Mayat diserahkan kepada polis bagi tujuan bedah siasat," ujar beliau. - K! ONLINE