Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kejadian tersebut berlaku pada Isnin lalu dipercayai kira-kira pukul 1 petang di mana pelajar itu membiarkan rakannya mengikatnya dengan akar kayu di sebatang pokok.

"Kononnya "mangsa" mampu melepaskan diri daripada ikatan itu dalam tempoh tertentu. Namun video tersebut disebarkan oleh salah seorang rakan hingga menimbulkan kegusaran orang ramai," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Hasanuddin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan polis mendapati mereka hanya bergurau.

Berdasarkan rakaman berdurasi 30 saat itu, seorang pelajar sekolah diikat pada sebatang pokok di seluruh badannya menggunakan akar kayu. - K! ONLINE.