Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner  Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian 5.22 pagi itu, mangsa yang juga pekerja pelabuhan tersebut dipercayai melintas di laluan utama PTP yang ketika itu sedang sibuk dengan kerja-kerja pemunggahan kontena.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati Gautham Jhamka Prasad, 38, tidak menggunakan laluan sepatutnya sebelum dilanggar daripada sisi kanan lori berkenaan yang sedang membuat pusingan-U.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan dan disahkan maut di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Besar Kulai untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, lori berkenaan juga dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri untuk dihantar ke Puspakom bagi tindakan selanjutnya. - Bernama