Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd. Nurhishamuddin Hashim berkata, mangsa yang juga pengawal keselamatan di premis itu sedang tidur dalam keretanya sebelum kejadian itu berlaku.

"Mangsa tersedar daripada tidur apabila tingkap keretanya di bahagian pemandu  dipecahkan oleh suspek yang berpakaian gelap, bertopeng dan bersarung tangan.

"Lelaki itu ditarik keluar dari kenderaanya sebelum dimasukkan ke dalam sebuah bilik dan diikat dengan menggunakan “cable tie” pada bahagian tangan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Muhd. Nurhishamuddin, mangsa kemudian terdengar bunyi mesin 'grinder' yang dipercayai digunakan oleh penjenayah terbabit untuk menebuk peti besi di stesen minyak itu.

Menurut beliau, kesemua suspek beredar dari premis itu kira-kira setengah jam kemudian dan melarikan wang tunai RM17,000.

"Suspek tidak menggunakan senjata dan mangsa juga tidak dipukul oleh suspek. Kes disiasat dibawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya. - K! ONLINE