Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam satu kenyataan berkata, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama pegawai Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash) yang berada di lokasi kejadian.

"Mereka mengalami kecederaan serius akibat kejadian itu.

"Splash sudah memaklumkan kepada SPAN dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) berhubung kejadian tersebut," katanya.

Tambah kenyataan itu, masa pemulihan bekalan akan tersasar daripada jadual asal seperti yang dimaklumkan dalam notis hebahan sebelum ini.

"Kerja pembaikan sudah dilaksanakan lebih awal dari masa yang ditetapkan iaitu pada pukul 5 petang hari ini dan insiden berlaku semasa persediaan untuk mengaktifkan semula loji tersebut.

"Pihak kami akan memaklumkan status pemulihan yang baharu dan akan bekerjasama dengan Splash bagi membantu proses pembaikan loji," ujarnya.

Syabas berkata, bantuan bekalan air menerusi lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan yang terjejas dan pusat khidmat setempat akan beroperasi 24 jam sehingga bekalan pulih.

"Pihak kami mengambil segala tindakan yang perlu bagi mengurangkan impak gangguan dan kesulitan kepada pelanggan yang terjejas," katanya. - K! ONLINE