Dalam kejadian kira-kira pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa yang tidak bekerja berusia 48 tahun berasal dari Taman Seri Tambun di sini itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, siasatan awal mendapati penunggang motosikal jenis Modenas Kriss berusia 25 tahun itu sedang menghala ke Ipoh dari Ulu Kinta.

“Tiba di tempat kejadian, mangsa secara tiba-tiba melintas jalan menyebabkan penunggang motosikal tersebut tidak sempat mengelak lalu melanggarnya.

“Akibat pelanggaran tersebut, penunggang tersebut mengalami kecederaan parah selepas dia terbabas dan masuk ke dalam longkang manakala mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

kemalangan
Penunggang motosikal tersebut dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi menerima rawatan.

 

Tambah Mohd. Ali, penunggang yang bekerja sebagai tukang masak itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini oleh pasukan bomba bagi menerima rawatan manakala mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat terhadap mangsa mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala kerana kemalangan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - K! ONLINE