Katanya, beliau sedang menguruskan perjalanan Shaariibuu Setev ke negara ini dan djangka tiba dalam tempoh seminggu dua ini. 

"Keputusan kerajaan Australia untuk mengekstradisi Sirul Azhar Umar (yang disabit kesalahan membunuh Altantuya) balik ke Malaysia adalah satu perkembangan yang positif, baik untuk menegakkan keadilan terhadap Altantuya.

Kepulangan Sirul ini adalah langkah pertama untuk tujuan siasatan semula diadakan.

"Kita tahu siapa yang membunuh dia (Altantuya) dia dibunuh oleh Sirul dan Azilah Hadri  (bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Diraja Malaysia). Ini adalah dapatan-dapatan dan fakta oleh Mahkamah Persekutuan, satu keputusan muktamad...tetapi yang (kita) tidak tahu ialah siapa yang mengarahkan pembunuhan itu. Isu ini perlu dibangkitkan atau didedahkan sekarang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ramkarpal berkata, pihaknya juga akan memohon agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat motif di sebalik pembunuhan Altantuya. - Bernama