Hakim Dazuki Ali, menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Abu Zahrim Ismail, 45, dengan menengenakan hukuman penjara 10 bulan jika tertuduh gagal membayar denda.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 28 November 2013 di pejabat Penguasa Taman Negara, Jerantut dituduh dengan niat memperdaya Ketua Pengarah Perhilitan membuat tuntutan palsu atas nama Baraplas Kreatif Enterprise.

Tuntutan palsu itu membabitkan pembelian 28 unit beg sandang bersaiz 75 liter jenama Deuter dan 60 unit drypack 30 liter.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Fadhly Mohd. Zamry manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Hanif Hassan. - K! ONLINE