Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya memandang serius perbuatan pihak yang melakukan ugutan terhadap pegawai kanan SPRM dan telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Satu laporan polis telah dibuat dan SPRM menggesa pihak polis untuk menyiasat kes tersebut serta mengenalpasti individu yang berbuat demikian supaya tindakan sewajarnya boleh diambil mengikut lunas undang-undang,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Azam berkata, SPRM percaya perbuatan tersebut adalah berikutan beberapa kes berprofil tinggi yang disiasat oleh SPRM sejak kebelakangan ini.

“Ingin ditegaskan, warga SPRM tidak akan sama sekali tunduk kepada ugutan sedemikian dan akan terus melaksanakan tugas yang diamanahkan tanpa rasa gentar,” tegas beliau. - K! ONLINE