Majistret Cindy Mc Juse Balitus membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang berusia 56 tahun selepas menerima permohonan reman daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 di Mahkamah Majistret di sini hari ini

Tertuduh sebagai Pegawai Eksekutif Unit Komersial Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dituduh menerima suapan antara RM500 hingga RM4,500 sebagai habuan bagi setiap kelulusan tapak sewaan melalui akuan Maybank atas nama suspek antara tahun 2006 hingga 2014.

Dia berdepan hukuman penjara, denda lima kali ganda daripada  nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd. Faizal Abdul Razak manakala suspek tidak diwakili peguam.

Mahkamah memerintahkan tertuduh direman bermula hari ini. - K! ONLINE