Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Senior Asisten Komisioner Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran itu antaranya melibatkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din yang dilantik sebagai Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.

“Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siasatan Jenayah Komersial) Bukit Aman, Datuk Abd. Rahim Jaafar pula bertukar jawatan sebagai Ketua Polis Kedah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Abd. Rahim menggantikan Datuk Zainal Abidin Kasim yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Gerakan/Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman.

Asmawati berkata, Timbalan Pengarah I Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim bertukar jawatan dengan Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Sahabudin Abd. Manan. - Bernama