Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, siasatan kes berkenaan telah selesai dan diserahkan kepada mahkamah untuk tindakan lanjut.

"Timbalan Pendakwa Raya telah memfailkan kes ini di mahkamah dan inkues akan bermula dalam masa terdekat. 

"Saya yakin mahkamah akan mendengar semua fakta yang diberikan dan keputusan berhubung kes kematian Adib akan diputuskan seadil-adilnya," katanya ketika sidang akhbar di Maktab PDRM Cheras di sini hari ini. - K! ONLINE