Perhimpunan Agung PBB pada Disember lalu meminta Guterres melantik wakil khas sebagai satu resolusi supaya Myanmar menamatkan kempen ketenteraan di Rakhine.

Pelantikan itu akan diumumkan hari ini, hanya beberapa hari sebelum Majlis Keselamatan PBB pergi ke Bangladesh dan Myanmar untuk melihat sendiri krisis pelarian Rohhingya.

Sekurang-kurangnya 700,000 etnik Islam Rohingya melarikan diri dari Myanmar dan hidup dalam kem pelarian yang penuh sesak di Bangladesh sejak Yangon melancarkan operasi ketenteraan di Rakhine.

Keganasan meninggalkan kesan apabila kampung-kampung dibakar selain tuduhan pembunuhan dan rogol oleh askar dan pasukan keselamatan.

Myanmar bagaimanapun menafikan tuduhan Amerika Syarikat dan PBB yang mengatakan ia merupakan pembersihan etnik. - AFP