Beliau berkata, pengambilan ubat-ubatan secara tidak rasional bukan sahaja akan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan tetapi  juga menyebabkan peningkatan kos rawatan kesihatan. 

Katanya, terdapat segelinitr pengguna yang gemar merawat penyakit sendiri dengan membeli ubat-ubatan secara online, di gerai-gerai, kaki lima, pasar malam atau penjual yang tidak bertauliah. 

"Kerajaan komited untuk memberikan penjagaan kesihatan yang terbaik termasuk membekalkan ubat-ubatan yang berkualiti.

"Oleh yang demikian, masyarakat perlu menghargai ubat yang dibekalkan dengan mematuhi cara penggunaan ubat yang betul," katanya ketika merasmikan persidangan Duta Kenali Ubat Anda peringkat kebangsaan di sini hari ini.
 
Menurut beliau, negara bukan sahaja mengalami kerugian akibat daripada penggunaan ubat yang tidak rasional, malah boleh mendatangkan kemudaratan kepada individu terbabit.

Chaw Min berkata, kerajaan membelanjakan sejumlah RM2.38 billion untuk pembelian ubat-ubatan bagi kegunaan di fasiliti kerajaan tahun lepas.

Seramai 976 individu telah dilatih sebagai Duta Kenali Ubat Anda di seluruh Malaysia yang merupakan ejen penyebaran maklumat tentang penggunaan ubat yang berkualiti. - Bernama