Kedua-dua tertuduh Uji Che Mat, 43, dan suaminya, Mohd. Zamzuri Abdul Manap, 42,  tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka di hadapan hakim Dazuki Ali.

Uji berdepan dengan tujuh pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap lima kanak-kanak termasuk mencabul seorang daripadanya manakala Mohd. Zamzuri berdepan lima pertuduhan.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut sejak Januari 2017 hingga Ogos lalu di Ribath Tahfiz Asyirazi di Tok Sira, Jalan Tengku Muhammad di sini.

Kedua-dua pasangan suami isteri berkenaan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd. Nazari dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim menetapkan jaminan sebanyak RM25,000 untuk semua tujuh pertuduhan terhadap uji manakala jaminan RM20,000 untuk lima pertuduhan ke atas Mohd. Zamzuri. 

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 4 Oktober depan. - K! ONLINE