Menceritakan detik cemas itu, Mira Ezfa, 25 dan suaminya, 37, yang baru bernikah semalam di sebuah masjid di ibu kota, berkata kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan  ke tempat kerja di Ampang Point.

"Waktu itu jalan sangat sesak pada kira-kira 7.25 pagi tadi, secara tiba-tiba ada pokok tumbang dan suami tidak sempat memberhentikan motosikal dan melanggar pokok tumbang berkenaan.

"Kejadian berlaku dengan pantas," katanya ketika ditemui Bernama di wad kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Mira Ezfa, ini juga kali pertama mereka melalui jalan berkenaan untuk ke tempat kerja. - K! ONLINE