Tertuduh, Nurul Haslina Abu Hassan, 38, yang juga merupakan isteri mangsa dan kekasihnya, Zulasri Shaarani, 42, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh masing-masing merupakan seorang ahli perniagaan dan pembantu perubatan di sebuah hospital.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa dengan niat bersama membunuh Kamarulzaman Safri, 38, di kawasan ladang Sungai Rui, Bagan Pasir, Lebuhraya Gerik-Kupang di sini antara pukul 2 hingga 3 petang 7 April lalu.

Mereka berdua didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan. - K! ONLINE