Akta tersebut ialah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

Ketiga-tiga rang undang-undang itu bertujuan meniadakan larangan ke atas pelajar institusi pengajian tinggi untuk terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus.

Ini bermakna, jika ia diluluskan, hak mereka untuk menyertai aktiviti parti politik di dalam kampus tidak lagi akan disekat.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik yang membentangkan kesemua rang undang-undang berkenaan untuk bacaan kali pertama berkata, bacaan kali kedua untuk kesemuanya akan diadakan pada mesyuarat Dewan Rakyat yang sama. - Bernama