Beliau kekal bertegas mengenai meskipun diasak beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang); Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Khairy Jamaluddin (Rembau) dan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) yang memintanya menarik perkataan 'rompak' memandangkan siasatan masih berjalan.

Guan Eng ketika menggulung Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2018 berkata, satu siasatan terbuka mengenai perkara itu dengan dipimpin oleh individu luar yang bebas dan berpengalaman bakal disyor kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas selesai siasatan dalaman.

Katanya, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dilantik mengetuai siasatan dalaman itu.

"Ini supaya rakyat boleh mengetahui tentang kebenaran kes ini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. - Bernama