Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah memberitahu Dewan Rakyat, pihak LHDN sedang memproses kes-kes berkenaan dan jumlah kutipan cukai akan diumum pada akhir tahun.

Beliau menjawab soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) mengenai rasionalisasi pelaksanaan PKPS dan jumlah pembayar cukai yang telah menyertai dalam skim itu serta jumlah cukai tambahan yang telah dikutip hasil dari skim itu. - Bernama