Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, sebanyak RM1,362,392 telah digunakan dalam pembayaran manfaat-manfaat saringan kesihatan ini sehingga 30 Jun lepas.

“Di Sabah (sebagai contoh), jumlah keseluruhan penerima BSH yang berumur 50 tahun ke atas adalah 293,763 orang.

Bagi program perintis ini dengan peruntukkan RM100 juta di seluruh negara maka dianggarkan 59,613 rakyat Sabah berpeluang menjadi penerima manfaat B40 berdasarkan konsep 'first come, first served',” katanya di Dewan Rakyat hari ini. - Bernama