Menteri berkenaan, Mohamad Sabu berkata, aset pertahanan Malaysia pada masa ini agak terkebelakang berbanding beberapa negara lain di Asia Tenggara seperti Vietnam dan Indonesia.

Pada era 70-an, katanya, Malaysia antara negara di kedudukan teratas.

"Tetapi saya akan berusaha menjadikan Malaysia kembali hebat (dari segi pertahanan)," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Danyal Balagopal Abdullah (PH-Port Dickson) mengenai masalah perolehan aset ketenteraan berikutan peruntukan terhad Kementerian Pertahanan. - Bernama