Menterinya, Maszlee Malik berkata, walaupun ia bukan berada di bawah kendalian kementeriannya, namun usaha menyelesaikan perkara itu akan dibuat bagi memastikan kesemua prasekolah itu terus beroperasi di negara ini.

"Hak menurunkan peruntukan pengurusan bukan atas KPM kerana ia diletakkan di bawah ICU, Jabatan Perdana Menteri.

"Namun KPM akan campur tangan dalam urusan itu," katanya pada sesi soal jawab Menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah) mengenai pendirian kerajaan  berhubung isu penurunan peruntukan pengurusan prasekolah SJKT yang pernah dibantu Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi Masyarakat India (SEDIC). - Bernama