RUU itu diluluskan setelah dibaca kali ketiga di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan mendapat undian majoriti.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin ketika menggulung RUU itu berkata, undang-undang sedia ada telah mencukupi dan ia boleh dipinda jika tidak mampu untuk menangani isu berita palsu.

"Jika kita kaji Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998, dan undang-undang sivil yang lain, ia boleh digunakan sebagai remedi untuk menangani berita palsu," katanya.

Beliau menambah, memperkasakan siasatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga boleh membantu menangani berita palsu terutama dalam mengesan akaun palsu dalam media sosial. - Bernama