Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, penalti bagi tiap-tiap anggota kru juga dinaikkan dari RM100,000 kepada RM600,000.

"Jemaah menteri pada 26 Jun lepas bersetuju supaya kementerian ini meminda Akta Perikanan 1985," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Halimah Mohamed Sadique (BN-Kota Tinggi) berkaitan hasrat kementerian untuk meminda Akta Perikanan sedia ada bagi menangani pencerobohan nelayan asing.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata 1,182 vesel asing ditahan sejak 12 tahun lepas dengan  penangkapan paling tinggi melibatkan 706 vesel dari Vietnam. - Bernama