Menteri Kewangan, Lim Guan Eng juga berkata, kutipan caj kesesakan yang dicadangkan adalah mencukupi untuk membayar balik hutang bon berkenaan serta menampung kos operasi dan penyelenggaraan lebuh raya tanpa memerlukan peruntukan kementerian.

Empat lebuh raya itu katanya ialah Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) serta Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART). - Bernama