Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, pelaksanaan inisiatif itu melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM79.68 juta untuk diagihkan secara ‘one-off’ RM500 seorang kepada 159,368 veteran ATM berpencen dan tidak berpencen.

“Pemberian ini merupakan sebahagian penghargaan kerajaan kepada veteran ATM di atas kesetiaan dan pengorbanan mereka kepada negara serta menjaga kebajikan semua golongan veteran ATM,” katanya. - Bernama