Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah tuntutan yang direkodkan itu melibatkan RM6.6 juta dan daripada jumlah itu sebanyak RM3 juta telah 'dianugerahkan' Tribunal kepada pihak menuntut.

“Pihak syarikat yang menawarkan pakej pelancongan terbabit harus patuh dalam tempoh 14 hari daripada tarikh ‘award’ (anugerah) dikeluarkan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. - Bernama