Portal publicinfobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  melaporkan paras air Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja telah mencapai 36.05 meter, melebihi paras berjaga-jaga iaitu 36.00 meter pada  11.45 pagi tadi.

Paras air Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman  masih di bawah paras berjaga-jaga iaitu 0.27 meter pada 12 tengah hari.

Jabatan Meteorologi Malaysia  hari ini mengeluarkan amaran cuaca (waspada) iaitu hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda Dungun dan Kemaman di Terengganu, Kuantan (Pahang) dan Kota Tinggi, Johor sehingga esok. - Bernama