Bagaimananapun tertuduh G. Alagenran, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azmil Muntapha Abas yang bertindak sebagai Majistret.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai seorang pemandu lori BNV 6378 jenis Isuzu telah memandu kenderaan tersebut di atas jalan raya dengan cara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kemalangan dengan sebuah lori nombor pendaftaran WD 6228 B jenis Isuzu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kilometer 432.5 Lebuh Raya PLUS arah selatan pukul 7.01 malam pada 7 Oktober lalu.

Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azhwa Yusrie Mohamad menawarkan jaminan RM10,000 kepada tertuduh dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Amirul Nazri Anas merayu jaminan itu dikurangkan dengan alasan tertuduh merupakan penanggung utama keluarga yang mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja serta empat orang anak.

Selepas mendengar pernohonan kedua-dua belah pihak Azmil Muntapha membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 November ini untuk sebutan semula kes. - K! ONLINE