Skuad bimbingan Dollah Salleh terlebih dahulu terpaksa memerah keringat apabila mereka hampir mendapatkan gol pembukaan menerusi sepakan gunting Jose Eduardo Almeida, namun percubaannya sekadar terkena palang pada minit ke-53 perlawanan.

Bagaimanapun, salah faham antara penjaga gol UKM FC, Khatul Anuar Md. Jalil bersama rakan sepasukannya, Alexandru Tudose dalam kotak penalti telah terperangkap dengan hantaran yang dilakukan Davies dari sebelah kiri yang terus memasuki gawang gol pada minit ke-85 perlawanan.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Pahang yang juga penyandang juara tahun lalu berjaya membawa misi pasukan ke pusingan seterusnya dalam usaha mempertahankan gelaran edisi 2018 selepas menundukkan Selangor 2-0 pada pentas final di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - K! ONLINE