Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Hamzah Mohamad (gambar kecil) berkata, pihaknya turut mengambil sampel air lombong bijih mangan yang terletak kira-kira dua kilometer dari perkampungan penduduk tersebut.

"Kita mula mengambil sampel tandak air yang digunakan Orang Asli dan juga takungan lombong bijih sejak 9 Jun setiap hari untuk diuji.

"Saya membuat pengesyoran kepada Ketua Pengarah JAS supaya Menteri yang akan umumkan keputusan ujian sampel air," katanya.

Dalam masa sama, Hamzah berkata, tiada aktiviti pembalakan dibenarkan di kawasan tersebut memandangkan ia berdekatan dengan Taman Negara.

"Dua bulan lalu, kita juga sudah buat pemantauan secara visual kawasan ini sebagai rutin berkala untuk mengesan sebarang pencemaran," katanya. - K! ONLINE