Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, tiga mayat yang ditemui itu adalah dua lelaki dan seorang perempuan.

Beliau berkata, ketiga-tiga mayat itu ditemui kira-kira pukul 4.30 hingga 5 petang semalam iaitu selepas penemuan mayat pertama sebelum itu.

"Mayat pertama yang ditemui dipercayai mayat Din Hamdan, 18 tahun, manakala tiga yang lain dipercayai Safia Papan, 18, Fayah Papan, 19, dan Jais Keladi, 55.

"Mayat pertama ditemui di bawah pokok dalam keadaan tulang berselerak manakala tiga lagi mayat ditemui masih di atas para di atas pokok dan ditutup dengan tikar," katanya kepada pemberita selepas ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

Hasanuddin berkata, kesemua mayat itu akan dibawa keluar oleh Bahagian Forensik pada hari ini untuk pemeriksaan bagi mengenal pasti punca kematian. - Bernama