Timbalan Ketua Menter,i Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, anjing pengesan unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)  negeri telah tiba ke lokasi kejadian pada pukul 9 malam untuk memeriksa keadaan sekeliling di premis terbabit.

"Kita serahkan kepada pihak bomba untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian letupan ini," kata Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Pada kejadian pukul 3.30 petang tadi, 26 orang turut cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini.

Polis Kuching telah mengenal pasti ketiga-tiga lelaki yang maut dalam kejadian itu sebagai O Kui Lim 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, yang masing-masing berasal dari Kuching, manakala seorang lagi, Chin Hsien Loong, 29, dari Butterworth, Pulau Pinang. - Bernama