Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Saifuddin Muhammad berkata, operasi hari ini disertai 26 anggota penyelamat termasuk bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggunakan enam bot.

"Selain bot agensi kerajaan, kami turut mendapat bantuan daripada bot nelayan tempatan dan kelab kenderaan pacuan empat roda di sini yang menghulurkan bantuan sejak hari pertama lagi.

Untuk hari ini, pencarian diperluas ke Pantai Kerteh selepas mengambil kira kemungkinan bahawa mangsa telah dihanyutkan ke luar dari pantai itu," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Pada 6 Februari lepas, Muhammad Bilal Muhammad Akram, 24, yang datang bercuti di negeri ini dilapor dihanyutkan ombak besar ketika mandi di pantai itu bersama tiga lagi rakannya kira-kira pukul 2.30 petang. - Bernama