Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datin Dr. Nor Akma Yusuf melalui satu kenyataan di laman Facebook rasmi HKL hari ini berkata, operasi pengosongan pesakit, kakitangan dan pelawat sudah dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Sehingga masa kini, tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan.

“Pihak bomba sudah menjalankan tugas mengawal kebakaran daripada merebak dan api juga berjaya dipadamkan,” katanya.

Beliau menambah, punca kebakaran dan kerosakan masih dalam siasatan pihak berkuasa dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari masa ke masa.

“Kami meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan,” ujarnya. - K! ONLINE