Nora,35, berkata meskipun dia dan suami, Nedim Nazri Aziz sudah mengetahui jantina bayi sulung mereka itu namun memilih untuk mendedahkannya sebaik sahaja proses kelahiran selesai.

“Saya rasa lebih baik tunggu selepas bayi selamat dilahirkan barulah kami memberitahu jantinanya.

“Lagipun saya mahu ia menjadi kejutan buat semua peminat. Namun begitu, saya secara peribadi tidak kisah sama ada bayi lelaki atau perempuan asalkan sihat walafiat,”katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kosmetik miliknya, Oh Most Wanted di Play Up, Farenheit 88, sebentar tadi.

Nora yang melangsungkan pernikahan dengan Nedim pada 30 Mac lalu dijangka bersalin pada 9 Mac tahun hadapan.

Ini merupakan anak kedua buat Nora dan Nedim yang masing-masing memiliki seorang anak menerusi pernikahan terdahulu. - K! ONLINE