Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, sidang akhbar tersebut ditangguhkan kerana proses bedah siasat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini belum selesai.

"Bedah siasat masih berjalan. Anggaran masa dalam tempoh dua jam lagi. Sidang akhbar akan diadakan pada pukul 8 malam," katanya kepada pemberita yang menunggu di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HTJ di sini hari ini.

Terdahulu, pihak polis hari ini memaklumkan akan mengadakan sidang akhbar dipercayai berhubung hasil bedah siasat keatas mayat Nora Anne pada pukul 5 petang ini.

Kira-kira 50 petugas media dari dalam dan luar negara berada di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HTJ sejak pukul 7 pagi ini bagi menunggu keputusan bedah siasat tersebut. - K! ONLINE