Pengumuman berkenaan akan diadakan di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini.

Selain itu, kes berkenaan mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan antarabangsa yang telah berkampung di HTJ sejak 7 pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, proses bedah siasat mayat Nora Anne akan mengambil masa lebih 3 jam. 

Sehingga kini, proses bedah siasat telah memasuki tempoh empat jam.

Semalam, mayat wanita berkulit cerah ditemui pada 1.57 tengah hari dan disahkan anggota keluarganya sebagai Nora Anne, remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort, di Pantai, Seremban awal bulan ini.

Nora Anne,15, bersama keluarganya tiba di Malaysia pada 3 Ogos bagi percutian selama dua minggu di sini dan remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh keluarganya dari bilik penginapan mereka pada pukul 8 pagi hari berikutnya. - Bernama