Noor Hanim, 56, ditahan kira-kira pukul 5.50 petang di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, wanita tersebut dipercayai melantik sebuah syarikat sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri yang mana syarikat tersebut adalah milik anaknya.

 Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tersebut.

"Bekas ADUN itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan tahanan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009," katanya. - K! ONLINE