Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, jumlah keseluruhan 10 nombor khas popular bernilai RM3.6 juta berjaya dikutip kerajaan. 

"Nombor plat khas Malaysia 1 itu dimiliki oleh sebuah syarikat Aldi International Sdn. Bhd. Syarikat sama juga berjaya memperoleh nombor khas Malaysia 2 dan Malaysia 4. 

"Nombor popular dalam kategori 10 tertinggi ialah Malaysia 99 menjadi milik Syarikat 99 Speed Mart Sdn. Bhd.," katanya pada sidang akhbar di sini tadi. - K! ONLINE