Dalam temu bual eksklusif bersama portal berita Malaysiakini, Najib berkata, penilaian tersebut subjektif kerana terdapat batu pada barang kemas yang dirampas itu sudah berusia kira-kira 20 tahun. 

Malah, menurutnya, nilai ketika barangan berkenaan itu dibeli juga perlu diambil kira dalam penilaian tersebut. 

"Ia bergantung kepada sumber sesebuah batu. Ia juga bergantung, bila ia dihadiahkan atau bila ia dibeli. Penilaian (bagi barangan tersebut) boleh berubah.

"Jadi janganlah kita terlalu teruja. Biar kita lihat barang-barang itu, setiap satu barangan tersebut. - Bernama