Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima maklum balas daripada pengusaha restoran terutama di Lembah Klang yang terpaksa menanggung kos perniagaan yang tinggi.

“Kementerian menerima permohonan daripada pengusaha restoran nasi kandar supaya menaikkan nilai ambang yang dikenakan sebelum ini sebanyak RM500,000.

“Kita berhasrat naikkan kepada RM1 juta tetapi mereka (pengusaha) tolak dan minta naikkan sehingga RM3 juta tetapi kerajaan buat keputusan supaya nilai ambang ditetapkan pada kadar RM1.5 juta dan nilai ini adalah yang terakhir,” katanya ketika berucap pada Taklimat SST Kepada Media di sini hari ini.

Hadir sama pada taklimat tersebut Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam dan Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Roslan Mahyudin.

Guan Eng menjelaskan, peningkatan kadar ambang itu dillaksanakan bagi memastikan tidak berlaku sebarang kenaikan harga makanan di semua restoran dan kedai makan.

“Saya harap rakyat akan jadi mata dan telinga kepada kerajaan jika mendapati berlaku peningkatan harga makanan di restoran-restoran ini,” ujar beliau.