Pemain nombor sembilan dunia yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35 hari ini, diasak semaksimum mungkin oleh pemain remaja kebangsaan, S.Sivasangari sebelum memenangi perlawanan lima set yang sengit dengan keputusan  11-13, 11-9, 5-11, 11-6 dan 11-8.

Kemenangan Nicol hari ini, menyumbang pingat emas kedua buat negara selepas emas sulung diperoleh menerusi acara boling trio wanita pada 22 Ogos lepas.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Nicol berkata, beliau gembira dengan pingat emas kelima individu Sukan Asia yang diperolehnya hari ini.  

Beliau memenangi empat pingat emas Sukan Asia, pada edisi 1998, 2006, 2010 dan 2014 dan pingat perak pada edisi 2002 di Busan Korea Selatan selepas tewas kepada Rebecca Chiu dari Hong Kong. - Bernama