Pengumuman rasmi itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa berucap pada Pelancaran Pusat Operasi dan Ceramah Pakatan Harapan di Pusat Komuniti DAP Teluk Intan di sini sebentar tadi.

Hadir sama, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Terdahulu, Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong menyandang jawatan Ahli Parlimen Teluk Intan selepas berjaya menewaskan calon DAP, Diyana Sofya Mohd. Daud pada Pilihan Raya Kecil Teluk Intan empat tahun lalu.

Kor Ming, 45, sebelum ini menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen Taiping dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang pada PRU-13 yang lalu. - K! ONLINE