Neves atau nama lengkapnya, Raizan Zainal Abidin, 43, dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Umar Ackiyak dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Al-Makmuriah Daerah Petaling, N. Mastori Marsidi.

Neves ketika dihubungi Kosmo! di sini berkata, dia berasa sangat teruja dan bersyukur kerana majlis pernikahannya berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang.

“Saya berharap ikatan ini akan kekal sehingga ke akhir hayat, insya-Allah,” katanya.

Pada majlis itu, Neves memberikan seutas rantai emas sebagai mas kahwin kepada Noorliana manakala wang hantaran pula dirahsiakan jumlahnya.

Neves dan Noorliana berkenalan pada 2015 ketika kedua-duanya menyertai sebuah pertandingan larian di ibu kota. - K! ONLINE