Pengarah Urusannya, Raymond Wong, berkata, hasil siasatan perlu diumumkan kepada orang ramai secepat mungkin memandangkan keseriusan insiden yang mengerikan itu.

"Pelantikan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di Restoran NeNe Chicken di CityOne Megamall bukan di bawah bidang kuasa atau skop NeNe Chicken Malaysia.

"Sudah tentu isu keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami tetapi pelantikan kontraktor diatur sepenuhnya oleh pemegang lesen CityOne," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Raymond berkata, NeNe Chicken Malaysia telah menghubungi pemegang lesen mereka untuk menyediakan dokumentasi yang perlu kerana ia juga dalam proses menjalankan siasatan dalamannya sendiri. - Bernama