Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa yang maut ialah R. Kannan, 39.

"Mangsa yang beralamat di Kampung India, Bukit Pelandok dipanah petir semasa dia berada di atas sebuah bot di jeti berkenaan," katanya ketika di hubungi pemberita di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 1 tengah hari.

Menurut beliau, mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Kampung Sawah sebelum disahkan telah meninggal dunia.

Kata beliau, siasatan di tempat kejadian serta tubuh badan mangsa mendapati tiada unsur jenayah dan terdapat kesan melecur pada bahagian dada mangsa.

"Mayat mangsa di hantar ke Hospital Port Dickson untuk menjalani bedah siasat," katanya.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - K! ONLINE