Menurut seorang penjual ikan tempatan yang dikenali sebagai Rosli, seorang tauke mi ikan membeli ikan  tersebut, yang dikenali penduduk tempatan sebagai keratang, pada harga RM13,255.

Rosli berkata, nelayan terbabit, yang menjual sumber laut kepada penjual ikan di sini, telah mendaratkan ikan gergasi itu dengan menggunakan joran dan kekili (reel) di perairan itu berhampiran pelantar minyak  Sumandak Charlie beberapa hari lepas.

Nelayan itu kemudian membawa hasil tangkapannya itu ke pasar basah Labuan pada Rabu lalu.
Perairan Semarang dekat Labuan sangat popular dengan aktiviti memancing laut dalam. - Bernama