Beliau berkata, jumlah kes itu menunjukkan peningkatan sebanyak 278.3 peratus berbanding 630 kes pada tempoh yang sama, tahun lepas.

"Taburan kes HFMD mengikut daerah setakat ini adalah 1,640 kes di daerah Seremban, Port Dickson (197), Jempol (181), Kuala Pilah (121), Rembau (105), Jelebu (79), dan 60 kes di Tampin.

"Pada minggu ke-34, bilangan kes HFMD dilaporkan di negeri  ini adalah sebanyak 96 kes dan tiada taska, prasekolah dan tadika yang masih ditutup dalam minggu tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, berdasarkan analisa semasa mendapati 75 peratus sehingga 82 peratus kes yang dilaporkan menghidap HFMD di negeri ini terdiri daripada kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun. - Bernama